Tutorial ringkas cara untuk buang vokal daripada lagu dalam bentuk mp3. Hasilnya tidak lah menyerupai versi asal karaoke atau minus one tetapi boleh buat untuk suka – suka atau untuk latihan menyanyi di dalam bilik.


Cara 1 : Guna Media Player yang ada fungsi “Vocal Remover”

remove-vokal-mp3

Jika anda menggunakan Potplayer, pasang lagu mp3 dan right click > audio > speech processing > dan pilih Voice Filter atau tekan sahaja shortcut Shift + V.

umplayer-karaoke

Kalau guna UMPlayer, boleh pasang mp3, kemudian pergi ke Audio > Filters > Karaoke.

Cara 2 : gunakan filter “Vocal” pada playback device

remove-vocal

Sesetengah audio device mempunyai fungsi filter yang boleh membuang vokal, seperti di kebanyakan laptop jenama Acer yang menggunakan Realtek HD Audio.

Tekan pada playback device > enhancements < dan select filter vocal .

Kedua2 cara ini boleh membuang vokal daripada lagu mp3 tetapi juga boleh merendahkan kualiti lagu yang anda dengar.